Like Us

Sunday 29 September 2013

DC Comics : T-Shirt SUPERMAN 2013






DC Comics : T-Shirt SUPERMAN 2013
**Our Price (Harga Kami) = RM30
              Market Price (Harga Pasaran) = RM45

Jika anda BERMINAT dengan T-Shirt SUPERMAN 2013 yang dipamerkan dan ingin MEMBUAT TEMPAHAN
Sila PM kat FB = https://www.facebook.com/OneArtDesignSdnBhd
atau hubungi WAN = 014-8189364
Terima Kasih :)


Thursday 26 September 2013

The Blue : Chelsea 2013






Jika anda BERMINAT dengan The Blue : Chelsea 2013 yang 
dipamerkan dan ingin MEMBUAT TEMPAHAN
Sila PM kat FB = https://www.facebook.com/OneArtDesignSdnBhd
Terima Kasih :)


Sunday 22 September 2013

Cop JC 2013


Jika anda BERMINAT dengan servis yang kami
pamerkan dan ingin MEMBUAT TEMPAHAN

Hubungi FAIEZ = 014-8447476 / WAN = 014-8189364 atau
Sila PM kat FB = https://www.facebook.com/OneArtDesignSdnBhd
Terima Kasih :)


Sedia menerima TEMPAHAN : Hockey Crew :)



Jika anda BERMINAT dengan servis yang kami
pamerkan dan ingin MEMBUAT TEMPAHAN

Hubungi FAIEZ = 014-8447476 / WAN = 014-8189364 atau
Sila PM kat FB = https://www.facebook.com/OneArtDesignSdnBhd
Terima Kasih :)


Thursday 19 September 2013

Cop Nombor JC..DONE!!





Jika anda BERMINAT dengan servis yang kami
pamerkan dan ingin MEMBUAT TEMPAHAN

Hubungi FAIEZ = 014-8447476 / WAN = 014-8189364 atau
Sila PM kat FB = https://www.facebook.com/OneArtDesignSdnBhd



Wednesday 18 September 2013

Isu ajaran Syiah: Lakukan seks di pejabat

 
Kuala Lumpur: Pensyarah bergelar profesor di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang berkahwin secara mutaah dengan pasangannya yang juga seorang pensyarah dan menjadikan bilik pejabat sebagai tempat untuk melakukan hubungan seks.

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Dr Zamihan Md Zain, berkata pasangan pensyarah berusia 40-an itu berkahwin tiga tahun lalu sebelum dikurniakan seorang anak.
Beliau berkata, pensyarah lelaki berkenaan yang bergelar profesor adalah penganut ajaran Syiah dan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur, berjaya mempengaruhi pasangannya untuk mengikuti ajaran itu.


Kahwin sementara

“Kedua-dua pensyarah ini bergelar profesor dan berkhidmat di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang. Mereka berkahwin mutaah untuk beberapa bulan dan kemudian bercerai.

“Inilah yang kita bimbang jika tidak ada satu kawalan atau undang-undang tegas mengekang penyebaran fahaman Syiah.

“Golongan cerdik pandai bertaraf profesor pun boleh terpengaruh apatah lagi kalau mereka yang cetek pengetahuan agama.
“Sebab itu kita perlukan satu undang-undang yang tegas. Ajaran Syiah dan kahwin mutaah ini boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zamihan berkata, undang-undang yang tegas diperlukan bagi menyekat penyebaran fahaman itu kerana lebih 200,000 warga Iran berada di negara ini setiap tahun termasuk pelajar.

Berdasarkan statistik tahun lalu, seramai 17,000 pelajar Iran melanjutkan pengajian di negara ini, 38,000 bermastautin secara sementara dan 150,000 lagi masuk sebagai pelancong.


Penyebaran secara senyap

Katanya, angka itu tidak termasuk warga Iraq serta beberapa negara lain yang turut mengamalkan Syiah masuk ke negara ini dan dibimbangi ia akan menyebarkan fahaman itu secara senyap kepada rakyat tempatan.

“Mereka dikesan turut menyebarkan fahaman itu di negara ini dan empat universiti awam menjadi lokasi kepada penyebaran fahaman ini membabitkan pensyarah dan juga pelajar.

“Julai lalu ulama Syiah dari Iran turut ke negara ini untuk bertemu penganut fahaman itu dan lebih malang lagi mereka turut mendapat sokongan beberapa pemimpin politik dan ahli perniagaan bergelar Datuk,” katanya.

BERITA BAIK UNTUK SEMUA GURU - Peluang mohon tukar sekolah

 

Sungai Buloh: Kementerian Pendidikan menawarkan peluang bersyarat kepada guru dari 

Semenanjung, yang kini mengajar di Sabah dan Sarawak untuk pulang bertugas ke negeri pilihan, mulai Januari tahun depan.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata tawaran sama juga dibuka kepada guru dari kedua-dua negeri itu, yang sedang bertugas di Semenanjung, tetapi berminat kembali berkhidmat di kampung halaman masing-masing. 
Kajian terperinci


“Kita membuat kajian terperinci dan mencari mekanisme terbaik bagi memastikan guru tiada masalah besar menjalankan tugasan di lokasi mereka ditempatkan.

“Bagaimanapun, melalui kajian sama, kita menetapkan beberapa faktor melayakkan permohonan guru untuk bertukar sekolah seperti pasangan suami atau isteri bertugas di negeri berbeza dan sudah mengajar di sesuatu kawasan terlalu lama.

“Kajian dan mekanisme ini penting kerana kita banyak menerima permohonan pertukaran daripada guru, terutama yang berasal dari Semenanjung dan kini mengajar di Sabah atau Sarawak untuk pulang ke negeri asal masing-masing,” katanya kepada BH.

Sementara itu, mengulas isu sama pada sidang media selepas Majlis Sarapan Bersama Ibu Bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, di sini, semalam, Idris berkata, tawaran itu turut membolehkan mana-mana guru untuk mengajar di negeri lebih jauh, mengikut pilihan masing-masing sama ada di sekolah Semenanjung atau Sabah dan Sarawak.
Pada majlis sama, Idris turut mengumumkan peruntukan RM20,000 kepada SK Seri Pristana bagi menaik taraf infrastruktur dan keperluan sekolah berkenaan.

Tiada isu kontroversi

Beliau turut mengadakan lawatan ke bilik persalinan sekolah terbabit yang mencetuskan kontroversi pada Ramadan lalu berikutan pengurusan sekolah dikata mengarahkan murid bukan Islam makan pada waktu rehat di situ, yang didakwa adalah tandas.

Mengulas isu berkenaan, Idris berkata, hasil pemeriksaan dan pemerhatian dijalankan beberapa pihak mendapati dakwaan itu tidak tepat kerana bilik dimaksudkan bukan tandas, malah ia juga dalam keadaan bersih.

“Kunjungan saya hari ini (semalam) turut mendapati kantin yang dibaik pulih pada bulan puasa lalu sudah beroperasi semula, jadi saya anggap kontroversi ini sudah tamat” katanya.

 



Monday 16 September 2013

Kematian Chin Peng tak mampu padam kebencian


SHAH ALAMMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kematian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang hidup dalam buangan di Thailand tidak akan memadamkan rasa kebencian dalam kalangan balu polis dan tentera yang telah mengorbankan ramai pejuang negara.

Sehubungan itu, tegasnya adalah tidak wajar sekiranya mayat mendiang dibawa pulang ke Malaysia untuk disemadikan.

Menurut beliau, Chin Peng tidak layak menerima penghargaan dan penghormatan kerana mendiang bukanlah seorang pejuang kemerdekaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Tidak mungkin veteran polis dan tentera menerima mayat atau abunya sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia.

“Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana dakwaan beberapa pihak termasuk parti politik, NGO atau individu tertentu, beliau tetap ketua pengganas komunis yang tidak boleh diterima di bumi ini,” katanya yang dipetik daripada mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), hari ini.

Menurut Laporan Bangkok Post awal pagi ini menyebut, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90, meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 6.20 pagi tadi di sebuah hospital di Bangkok.

Atur perlawanan: Rakyat Malaysia didakwa terbabit

MELBOURNE - Seorang rakyat Malaysia dituduh menjadi tenaga penting dalam sindiket mengatur keputusan perlawanan bola sepak di negeri Victoria dan merupakan "orang besar" dalam kegiatan itu.

Australian Associated Press (AAP) melaporkan Mahkamah Majistret Melbourne hari ini diberitahu bahawa Segaran G. Subramaniam menerima arahan daripada pihak tertentu dari Hungary dan Malaysia supaya menetapkan keputusan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Southern Stars.

Subramaniam, 45, dituduh menyampaikan perkara berkenaan kepada jurulatih pasukan dalam Liga Premier Victoria itu dan beberapa pemain.

Mahkamah itu diberitahu bahawa antara arahan berkenaan ialah agar pasukan itu kalah 4-0.

Pemangku Sarjan Polis Detektif Scott Poynder memberitahu mahkamah bahawa Subramaniam adalah orang penting sindiket itu di Australia.

AAP berkata Subramaniam menghadapi 10 tuduhan, termasuk lima tuduhan kerana  terlibat dengan perbuatan menyeleweng atau boleh menyelewengkan keputusan sesuatu pertaruhan dan lima tuduhan menganjurkan perbuatan yang menyeleweng atau boleh menyelewengkan keputusan sesuatu pertaruhan.

Subramaniam memohon kebenaran ikat jamin pada Isnin, tetapi polis mendakwa mereka menemukan resit bagi transaksi mata wang luar negara melibatkan lebih A$200,000 (RM616,000) di sebuah rumah yang disewanya di Clayton South di sini.

Poynder berkata sekiranya Subramaniam dibenarkan diikat jamin, tertuduh berkemungkinan meninggalkan Australia.

Katanya Subramaniam tidak mempunyai ikatan dengan Australia dan sudah menempah tiket untuk meninggalkan negara ini malam ini.

Timbalan Ketua Mejistret Jelena Popovic menangguhkan keputusan permohonan itu hingga Jumaat sementara menunggu polis mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kedudukan kewangan Subramaniam. - Bernama

Kes tembak: Polis Kelantan buru 2 lelaki

KOTA BHARU - Polis Kelantan memburu dua lelaki berusia 29 dan 48 tahun bagi membantu siasatan kes tembak di Kampung Kemasin, Bachok dan Kampung Telosan, Pasir Puteh, tahun ini.
  
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata penarik kereta, Mohd Rafi Ismail, 48, beralamat di Belakang Klinik Kemumin, Pengkalan Chepa di sini, diburu bagi membantu siasatan kes tembak yang mengakibatkan seorang lelaki berusia 50-an maut ketika sedang bersarapan bersama-sama keluarganya di sebuah warung di Kampung Kemasin, Februari lepas.
  
Suspek disyaki perancang utama kes pembunuhan itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah Remaja di sini hari ini.
  
Mazlan berkata polis turut memburu Mohd Khairul Ahmad Bostaman, 29, berasal dari Kampung Pengkalan Kubur, Kampung Raja, Terengganu bagi membantu siasatan kes tembak di Kampung Telosan pada Ogos yang mengakibatkan seorang penoreh getah maut.
  
"Suspek dikatakan sedang minum di sebuah warung bersama mangsa ketika kejadian tembakan itu berlaku dan menghilangkan diri selepas itu.

"Kita percaya suspek terlibat sebagai 'penanda' (pointer) kepada penembak terbabit," kata Mazlan.
  
Sementara itu, Mazlan berkata dua lagi iaitu Mohd Norfino Omar, 30, dan rakannya, Mohd Al Badawi Ab Kadir, 26, diburu kerana disyaki terlibat dengan jenayah peras ugut di Kok Lanas di sini pada kira-kira 7 malam semalam.
  
"Kedua-dua mereka juga disyaki terlibat dalam kes tetak dan simbah asid yang berlaku di Padang Purut, Nilam Puri pada Februari tahun lepas," tambahnya. - Bernama

Guru kritik PPPM secara terbuka dipantau


KOTA BHARU - Kementerian Pendidikan meminta pengarah pendidikan negeri memantau tindakan segelintir guru mengkritik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) secara terbuka.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata sebarang kritikan seharusnya disampaikan menerusi saluran yang betul bagi memastikan kelemahan dapat diperbaiki.

"Kalau mahu mengkritik boleh, tetapi beritahu saya. Saya terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar PPPM di sini hari ini.

Beliau berkata guru yang mempunyai kemusykilan atau pandangan boleh memaklumkan kepada beliau secara langsung menerusi e-emel.

Pada masa yang sama beliau meminta rakyat memberi peluang kepada kerajaan melaksanakan PPPM sebaik mungkin.

Sementara itu, Idris turut membidas sebuah portal berita propembangkang yang memutar belit kenyataannya berhubung sistem pendidikan negara baru-baru ini.

"Saya tidak pernah mengatakan kalau tidak suka sistem pendidikan kita, mereka boleh keluar negara, saya tidak pernah mengatakan demikian," katanya.

Sebaliknya Idris berkata beliau maksudkan rakyat mempunyai pilihan untuk belajar di luar negara jika mereka berkemampuan.

"Saya harap pemberita dan penulis blog jujurlah...jangan apa-apa kenyataan kita buat, ditulis hinggakan banyak orang marah. Saya harap mereka membetulkan (perkara itu)," katanya. - Bernama


Bahasa Inggeris wajib lulus 2016: Mampukah kita?


HASRAT kerajaan menjadikan subjek Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus bermula 2016 mendapat reaksi pelbagai pihak. Perkara ini tentu juga menarik perhatian warga pendidik, para pelajar dan tentu sahaja ibu bapa. 
 
Bagi yang menerima dengan cara positif, maka positif lah pandangannya. Namun ada juga yang memperlekehkan tahap kemampuan pelajar di negara ini dan mutu pendidikan negara bagi mencapai misi itu.
 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ini boleh dicapai. 
 
Menurut Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, pada masa ini pun, jumlah peratusan pelajar yang lulus mata pelajaran berkenaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kira-kira 60 peratus.
 
Katanya, Kementerian Pendidikan sudah merangka dan memulakan pelbagai program bagi tujuan meningkatkan tahap penguasaan para pelajar serta guru bagi mata pelajaran tersebut.
 
“Dalam tempoh tiga tahun sebelum syarat itu dilaksanakan memberi peluang kepada pelajar dan warga pendidik untuk meningkatkan tahap penguasaan. 
 
Menurut pihak pembangkang, kerajaan perlu terlebih dahulu mempersiapkan prasarana yang mencukupi dan tidak ada mana-mana sekolah keciciran jika mahu subjek Bahasa Inggeris menjadi subjek wajib lulus. 
 
"Wajibkan belajar saya setuju, tingkatkan mutu penguasaan bahasa Inggeris saya setuju, wajib lulus dalam keadaan belum menentu, mutu guru, kemudahan belajar, kemudahan perpustakaan di sekolah-sekolah desa luar bandar termasuk sekolah aliran Cina dan Tamil - itu harus diteliti dahulu.
 
"Saya tidak fikir wajar diwajibkan lulus sebelum prasarana itu betul-betul siap," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
 
Persoalannya, dengan masa yang masih berbaki tiga tahun ini, mampukah hasrat memperkasakan Bahasa Inggeris di negara ini menjadi kenyataan?
 
Apakah mekanisme yang boleh dicadangkan bagi menambahbaik mutu pendidikan anak bangsa kita? Paling penting, ia bukan cakap-cakap kosong dan tidak berakhir dengan 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja.



Dua lagi pelajar sekolah ditahan


LUNAS - Dua pelajar lelaki tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan sebaik keluar dari kawasan sekolah kira-kira jam 2 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya mendapat maklumat ada dalam kalangan pelajar sekolah terutama lelaki menunggang motosikal curi ke sekolah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal curi berkenaan akan diletakkan kira-kira 100 meter dari kawasan sekolah sebelum berjalan kaki ke sekolah bagi mengelakkan kenderaan itu dikesan.

"Kita telah membuat pemantauan terhadap pelajar sekolah dan sekolah yang terlibat dalam masalah motosikal curi.

"Pihak Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPPJ) Ibu Pejabat Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, kemudiannya diarah menunggu suspek di luar sekolah dengan berpakaian preman. Sebaik sahaja suspek keluar dari sekolah, kami menahan mereka dan membawa mereka ke Balai Polis Lunas untuk pemeriksaan," katanya.

Ghuzlan berkata, beberapa pelajar lain turut terlibat dan pihaknya sekali lagi ke rumah suspek kedua sebelum bertindak menahannya.

"Suspek kemudiannya dibawa balik ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut. Sehingga kini lebih 20 pelajar sekolah telah ditahan dan ada dalam kalangan mereka yang sudah di hadapkan ke mahkamah,” katanya.

Katanya, polis akan terus memburu remaja dan kumpulan yang masih bergerak aktif melakukan kegiatan curi motosikal itu.

Najib tak benar bawa pulang mayat Chin Peng


KOTA KINABALU - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.
  
Perdana Menteri berkata bekas ketua komunis yang meninggal dunia di Bangkok hari ini akan diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.
  
Justeru, beliau menegaskan kerajaan tidak akan terlibat dalam urusan pengebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sama ada di negara ini atau di Thailand.
  
"Kita tidak akan benarkan mendiang dikebumikan di Malaysia sebab sejarah hitam yang dia lakukan. Tambahan lagi Chin Peng bukan warganegara Malaysia.
  
"Dia tidak mahu jadi warganegara Malaysia, jadi kita tidak ada apa-apa ikatan dengannya sama sekali," kata Najib pada sidang akhbar di sini ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbang sekiranya anggota keluarga Chin Peng memohon untuk melakukan urusan pengebumiannya di Malaysia.

"Kerajaan Malaysia percaya urusan pengebumian akan dilakukan di Thailand," kata Najib yang berada di sini sempena sambutan Hari Malaysia Ke-50.
  
Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada kira-kira 6.20 pagi kerana sakit tua, sebulan sebelum tarikh ulang tahun ke-89 kelahirannya. Chin Peng dilahirkan pada 21 Okt, 1924.
  
Najib menarik perhatian bahawa keganasan komunis yang dipimpin Chin Peng terutama di era darurat telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban terutama anggota keselamatan di samping beribu yang lain mengalami kecederaan atau kecacatan.
 
"Rakyat juga menderita kerana kemusnahan harta benda sepanjang PKM melancarkan peperangan ke atas kerajaan selain melakukan sabotaj terhadap ekonomi negara," katanya.
  
Pemimpin pengganas yang hidup dalam buangan di Thailand itu pernah membuat permohonan untuk pulang ke Malaysia, namun ditolak. - Bernama

Sunday 15 September 2013

PTPTN bukan 'Ah Long', kata Shamsul


SHAH ALAM - Pengerusi Perbadanan Tinggi Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Shamsul Anuar Nasarah menegaskan, badan tersebut bukan bersifat seperti ‘Ah Long’ yang digambarkan oleh sesetengah pihak.

Menurutnya, setiap peminjam harus bersyukur dengan kemudahan yang diberikan dan mesti membayar kembali pinjaman bagi membantu pelajar baru untuk membuat pinjaman.

“Setelah kita mendapat nikmat daripada pembiayaan itu dan memperolehi pekerjaan yang diidamkan, jangan kita lupa untuk menunaikan tanggungjawab.

“Kita tahu pasti ada peminjam yang belum memperolehi sebarang pekerjaan, namun apa yang penting PTPTN bukan 'Ah Long' atau bank yang mengenakan faedah yang tinggi.
“Malah PTPTN bukan agensi yang menindas atau menyusahkan pelajar,” katanya kepada Sinar Harian Online dalam satu wawancara eksklusif, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, tujuan PTPTN ditubuhkan juga adalah untuk memastikan tiada pelajar yang ketinggalan untuk melanjutkan pelajaran kerana tiada wang.
“Oleh sebab itulah PTPTN ditubuhkan. Jadi saya harap masyarakat faham tentang perkara ini dan membantu mereka (pelajar) dari sudut kewangan,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, Shamsul berharap semua pihak bersama-sama bertanggungjawab dalam perkara ini bagi memastikan semua orang dapat menikmati proses pembelajaran dengan baik.
“Kami (PTPTN) harap kita sama-sama bertanggungjawab.
“PTPTN bertanggungjawab membantu membiayai pendidikan anda, dalam masa yang sama PTPTN juga berharap anda bertanggungjawab membantu melalui pembayaran semula pinjaman.

“Selaku Pengerusi PTPTN saya tentu bersalah kalau ada yang terpaksa bergolok bergadai untuk belajar kerana tiada wang untuk belajar. Justeru itu, jika kita memulangkan apa yang PTPTN berikan semasa kita belajar tentu kita sama-sama dapat membantu mereka yang lain,” katanya.


Rakyat sokong Pas kerana kerjasama dalam PR


SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat sokongan rakyat terhadap Pas yang ditunjukkan dalam pilihan raya bukan disebabkan parti itu tetapi kerjasama bersama perikatan PR.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, Pas tidak akan mendapat sokongan orang Melayu sepenuhnya  sekiranya bergerak sendiri dan bergabung dengan parti lain.

Menurutnya, peningkatan kekuatan Pas adalah berdasarkan kerjasama yang dijalinkan bersama PKR dan DAP.

"Kumpulan Ulama Pas ini tidak sedar ialah Pas mendapat pertambahan bilangan kerusi dalam pilihan raya (PRU13) lalu bukanlah disebabkan kekuatannya bertanding sendirian, namun pakatan di antara parti itu dengan beberapa parti pembangkang yang lain.

"Sejak keluar dari BN pada 1978, politik Pas tenggelam.

"Pas cuma kembali pulih dalam persada politik negara apabila bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah dalam PRU 1990, Barisan Alternatif pada tahun 1999 dan PR pada tahun 2008 dan 2013," katanya kepada Sinar harian Online, hari ini.

Semalam, resolusi Mulataqa Ulama Pas meluluskan supaya Pas melihat semula kerjasama politik bersama pakatan pembangkang serta menyarankan agar negeri-negeri yang ditadbir pembangkang memberi ruang munasabah kepada ulama haraki Pas.

Mulataqa juga mahu ulama haraki Pas mengukuhkan gerak kerja menghadapi dan menangani pemikiran yang merosakkan umat Islam.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, ia wajar berikutan kebelakangan ini berlaku pelbagai perkara yang melemahkan Pas selain merosakkan hubungan dalam tahaluf siyasi itu sendiri.

"Saya harap Pas Pusat segera menubuhkan jawatankuasa khas untuk kaji dan menilai semula kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Pas termasuk tahaluf siyasi terutama dengan PR dan sejauh mana ia menguntungkan Pas," katanya.

Dalam pada itu, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kajian semula tahaluf siyasi itu boleh memecahkan PR dan Pas.

Katanya, walaupun kemungkinan Pas mengambil keputusan itu disebabkan keputusan PRU13 lalu yang kurang memberangsangkan, namun untuk Pas bergerak sendiri agak sukar.

"Itu memang hak parti masing-masing, namun jika perkara ini teruskan PR akan pecah dan musnah.

"Mungkin juga Pas mahu kembali menggunakan cara lama, iaitu bergerak sendiri untuk mendapatkan undi Melayu tetapi ia agak sukar," jelasnya.

'Ipoh City Fun Ride' cara baru promosi Ipoh


IPOH - Program kayuhan 'Ipoh City Fun Ride' diyakini dapat meningkatkan lagi daya tarikan bandar raya Ipoh dalam kalangan pelancong, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Perak Nolee Ashilin Mohd Radzi.
Katanya program sempena Hari Malaysia ke-50 dan Tahun Melawat Malaysia 2014 itu merupakan pakej tambahan Program Jejak Warisan Ipoh yang dilaksana kerajaan negeri.
"Program ini bertujuan membawa pelancong melawat tempat yang menarik dan bersejarah sambil menghayati bangunan warisan yang mempunyai daya tarikan tersendiri di sekitar bandaraya ini," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau ditemui selepas melancarkan program anjuran bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Persatuan Interaksi Kebudayaan Malaysia (MICA) itu, di Kinta River Walk hari ini.
Katanya program itu membabitkan 2,000 peserta dari dalam dan luar negara dengan jarak kayuhan 50 kilometer bermula dari Dataran MBI hingga ke pekan Tanjung Rambutan sebelum berpatah balik.
Katanya bermula November ini MBI akan menyewakan basikal kepada pelancong bagi pelaksanaan Program Jejak Warisan Ipoh.
"Sebanyak 28 buah basikal yang ditempah khas dari China melibatkan kos sebanyak RM50,000 disediakan untuk disewa oleh pelancong," katanya.
Nolee Ashilin berkata MBI juga menyediakan 10 basikal untuk unit polis pelancong melakukan rondaan di sekitar bandar raya itu bermula November ini.
"Saya berharap program ini akan dilakukan secara berterusan supaya ia dijadikan satu produk pelancongan yang penting dalam aktiviti pelancongan bandar," katanya.- Bernama


Pekida bukan kumpulan samseng


PASIR MAS - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) mengulangi kenyataan bahawa pertubuhan itu adalah sah di sisi undang-undang dan bukan kumpulan samseng.

Timbalan Pengerusi Kelantan, Nik Lah Nik Soh berkata, pertubuhan itu didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi nombor pendaftarannya 143/83 (K).

Menurutnya, ahli Pekida tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah, sebaliknya bertindak atas prinsip 30 berdasarkan amal makruf nahi mungkar.

“Setakat ini kami tidak menerima mana-mana laporan polis berhubung kes salah laku yang dilakukan oleh ahli Pekida seluruh Kelantan.

“Kami juga tidak akan menyimpan mana-mana ahli yang melakukan kes jenayah sebaliknya akan terus membawanya ke muka pengadilan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas salah faham yang berlaku berhubung penahanam ahli Pekida Pasir Mas dalam Ops Cantas, baru-baru ini.

Menurutnya, Pekida adalah agensi yang banyak membantu polis dan bukannya ahli kongsi gelap.

Nik Lah yang juga Ayahda Pekida Pasir Mas mengingatkan ahli, agar akur dengan arahan pemimpin terutama dari segi pembayaran yuran dan pembaharuan kad keahlian.

Kegagalan melunaskan bayaran terbabit akan menyebabkan mereka kehilangan keahlian.

“Bermula tahun ini ahli akan diberi kad baru beserta cip sebagai tanda ahli sah malah ia ditandatangani oleh Presiden Pekida Malaysia yang baru, Jalaludin Yusof.

“Mereka juga perlu menyimpan resit pembayaran sebagai bukti pembayaran untuk sesi tahunan atau seumur hidup,” katanya.
Beliau berkata, Pekida tidak bertanggung jawab terhadap ahli yang menggunakan lambang ‘tiga garisan’ pada nombor pendaftaran kenderaan.

Ini kerana katanya, Pekida menyalurkan pelekat yang sah untuk ditampal di cermin dan nombor pendaftaran.

Friday 13 September 2013

Diskaun PTPTN: Lebih 400 ribu tak ambil peluang

KUALA LUMPUR - Seramai 454,036 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih gagal membuat sebarang bayaran balik pinjaman wang pendidikan tersebut, kata pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Menurut Shamsul, walaupun kerajaan telah mengambil langkah bagi menggalakkan peminjam membayar balik termasuk pemberian diskaun yang menarik sejak Ogos 2012, namun masih ada segelintir peminjam degil dan enggan berbuat demikian.

“Hanya 57,210 yang mengambil peluang ini... saya berharap angka ini akan bertambah menjelang 30 September ini,” katanya ketika diwawancara Sinar Harian Online di pejabatnya, di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, mungkin ramai yang tidak tahu terdapatnya jalinan kerjasama antara pihak PTPTN dan KWSP di mana peminjam boleh menggunakan wang caruman dari akaun kedua mereka untuk melunaskan biaya pendidikan mereka.

Pada Bajet 2013 yang lalu, perdana menteri mengumumkan dua tawaran kepada peminjam PTPTN yang masih belum membuat bayaran mengambil peluang diskaun 10 peratus (bayaran secara konsiten) dan 20 peratus (menerusi wang caruman KWSP) yang ditawarkan kepada peminjam.

Tawaran itu bermula pada Ogos 2012 sehingga akhir bulan ini.

“Mungkin masih ramai yang belum cakna, mengenai perihal ini.

“Jadi saya berharap melalui pendedahan ini, akan muncul lebih ramai peminjam PTPTN yang sudah bekerjaya untuk membuat bayaran balik,” katanya.

Dalam nada sama, beliau menegaskan PTPTN sentiasa mendengar rintihan peminjam PTPTN, sebab itulah beliau menjelaskan bahawa PTPTN sentiasa bersedia untuk menyelesaikan setiap permasalahan peminjam PTPTN.

“PTPTN sentiasa mendengar rintihan masalah peminjam.

“Sebab itulah PTPTN telah mewujudkan 17 cawangan PTPTN, bagi meyelesaikan masalah peminjam.

 “Jadi saya berharap, jika peminjam menghadapi sebarang masalah boleh terus datang ke pejabat PTPTN, Insya-ALLAH kita akan cuba selesaikan,” tegasnya.

Tercabar dengan CUCU


KUALA TERENGGANU - Tercabar dengan gelagat dan kepintaran cucu bermain komputer, seorang nenek berusia 73 tahun nekad untuk mengikuti kelas komputer, bagi memastikan dirinya seiring perkembangan teknologi.

Pesara guru, Khadijah Awang berkata, dia mengambil keputusan untuk mengikuti kelas komputer setelah lama memendam rasa kerana mengakui, kemahiran komputer akan memudahkannya melakukan urusan kerja.

Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Nerus dan bekas senator ini berkata, kemahiran komputer akan memudahkannya mencari sebarang maklumat di internet.

“Saya langsung tidak tahu komputer, apatah lagi teknologi sekarang yang semakin canggih, sedangkan anak dan cucu sangat mahir menggunakannya. Jadi daripada saya terlalu bergantung kepada mereka, lebih baik jika saya mahir memanfaatkan teknologi.

“Zaman sekarang, budak-budak kecil pun tahu macam mana nak guna, kita pun kalau boleh nak belajar juga, apabila persatuan adakan kursus macam ini walaupun dua hari, saya cuba mengambil peluang ini,” kata nenek 35 cucu ini.

Khadijah berkata demikian ketika mengikuti Kursus Celik IT Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Terengganu Siri I/2013 yang diadakan di Pusat ICT Negeri Terengganu, di sini.
Bagi pesara polis, Mansor Endut, 70, pengalaman berada di hadapan komputer amat menggentarkannya.

“Di rumah ada komputer, anak punya tapi pakcik tak berani sentuh takut rosak, maklum tak pernah guna. Pakcik tak tahu langsung nak guna komputer, dari dulu masa kerja sehinggalah pencen pada 1999, komputer tidak ada lagi (di rumah).

“Sehingga sekarang pun, pakcik tak tahu macam mana hendak guna, hendak buka komputer pun tak tahu. Tapi sebab minat nak belajar, saya ikuti juga kelas ini,” katanya.

Seorang lagi pesara polis, Yusof Omar, 72, dan isteri, Rabiah Abdul Rahman, 65, dari Kampung Ladang Titian berkata, keputusan untuk menyertai kursus itu amat mengejutkan anak-anak, tetapi akhirnya mereka memberi sokongan sepenuhnya.

“Sesiapa pun terkejut apabila di usia emas macam kami, masih nak belajar komputer, tetapi saya anggap bidang IT sangat penting pada zaman sekarang sehinggakan cucu berumur tiga tahun pun sudah pandai guna komputer.

“Saya hairan macam mana budak kecil boleh belajar, sedangkan kita (warga emas) tidak tahu langsung, dan ini menguatkan lagi semangat saya dan isteri untuk mendalami ilmu IT,” katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Terengganu, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah berharap, pesara kerajaan dapat menggunakan peluang yang disediakan itu sebaik mungkin.

Kursus dua hari yang pertama kali diadakan kepada pesara kerajaan itu dihadiri hampir 30 orang ahlinya.

'Papa Gomo' diarah bayar RM500,000


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan pengendali blog 'Papa Gomo' atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, membayar ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blognya.
  
Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendapati Abdul Razak berjaya membuktikan perkataan-perkataan fitnah dalam artikel yang ditulis oleh Wan Muhammad Azri itu merujuk kepadanya, dan sebenarnya memfitnah beliau.   

Vazeer Alam memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi am sebanyak RM200,000 dan ganti rugi teladan RM300,000 kepada Abdul Razak, serta menetapkan kos guaman sebanyak RM50,000, selain membenarkan permohonan injunksi supaya Wan Muhammad Azri dihalang daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah itu.
  
Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata Abdul Razak selaku plaintif berjaya membuktikan Wan Muhammad Azri yang menerbitkan artikel itu, meskipun defendan dalam keterangannya menafikan beliau adalah pemilik blog yang dikenali sebagai 'Papa Gomo'.
  
Beliau berkata dalam kes ini, plaintif telah memanggil saksi pertamanya iaitu Mohd Fauzi Mohd Azmi yang mempunyai blog dikenali sebagai 'Perisik Rakyat' dan dalam keterangan saksi itu menyatakan beliau dapat mengecam defendan setelah defendan sendiri memperkenalkan dirinya sebagai 'Papa Gomo' ketika menghadiri satu persidangan bloggers di Lake View Garden, Subang Jaya pada 16 Mei 2009.
  
"Saksi itu, yang turut diperkenalkan kepada seorang blogger lain yang dikenali sebagai 'Parpukari' semasa persidangan itu berkata beliau telah mengambil gambar defendan dan 'Parpukari' dan gambar itu dikemukakan sebagai bahan bukti dalam kes ini," katanya.  

Vazeer Alam berkata mahkamah percaya gambar yang diambil adalah gambar mereka walaupun muka mereka tidak dapat dilihat dengan jelas kerana mereka cuba melindung separuh daripada wajah mereka dengan tangan.
  
"Apabila mahkamah membandingkan ciri-ciri wajah muka dalam gambar itu dengan ciri-ciri defendan semasa hadir di mahkamah,saya dapati ianya sama dan jelas menunjukkan bahawa defendan yang dipaparkan dalam gambar itu," katanya.
  
Beliau berkata walaupun defendan menafikan beliau merupakan orang di dalam gambar itu, mahkamah mendapati penafian defendan adalah satu pembohongan kerana keterangan Mohd Fauzi bahawa beliau telah berjumpa dengan defendan dan 'Parpukari' di persidangan itu tidak dicabar oleh peguam yang mewakili defendan.
  
Vazeer Alam berkata keterangan Mohd Fauzi bahawa terdapat nama, gambar serta nombor telefon defendan yang dimuatkan dalam blog isterinya adalah sama dengan nombor telefon yang digunakan saksi itu untuk menghubungi blogger yang dikenalinya sebagai 'Papa Gomo' dan keterangan itu juga tidak dicabar oleh peguam.
  
Katanya, mahkamah juga mendapati kata-kata yang diterbitkan defendan dalama rtikelnya bukan komen sebaliknya merupakan kata-kata fakta yang tidak berasas.
    "
Dalam kes ini plaintif adalah seorang ahli perniagaan yang dikenali ramai dan kata-kata defendan bahawa plaintif seorang penipu yang telah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit semasa Sukan Komanwel berkecenderungan merendahkan plaintif dalam pandangan mata umum," katanya.
  
Vazeer Alam berkata mahkamah mendapati perkara memuatkan artikel yang berunsur fitnah dalam sesawang internet telah berleluasa dan ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab seperti defendan yang bermaharajalela di alam siber, bersembunyi di belakang tirai nama samaran atau 'anonymity' untuk menulis apa sahaja yang mereka mahu tanpa mempedulikan kesan akibat penulisan mereka.
  
Katanya, mahkamah mengambil serius terhadap gejala negatif ini yang telah menular tanpa batasan sejak akhir-akhir ini dan sekiranya tidak dibendung dan dibanteras akan merosakkan 'social fabric' masyarakat yang berpotensi menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
  
"Dengan ini, saya mahu penghakiman yang diberikan diambil sebagai satu teladan kepada defendan dan juga semua pengguna internet supaya mereka tidak menyalahgunakan kemudahan ini.
  
"Sekiranya disalahgunakan, mahkamah akan mengambil pandangan yang amat serius, seperti pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga" dan sepandai-pandainya defendan menyembunyikan diri dengan nama samaran, akhirnya telah didedahkan melalui 'footprint' yang beliau tinggalkan di alam siber," tegasnya.
  
Sementara itu, Abdul Razak ketika ditemui pemberita berkata berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah.
  
"Ini bukan untuk kebaikan diri saya sahaja. Saya telah difitnah oleh blogger," katanya.
  
Pada 26 Jan, 2012, Abdul Razak, 59, memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri, 30, berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blog 'Papa Gomo' pada 11 Dis 2011.
  
Dalam pernyataan tuntutan itu, Abdul Razak mendakwa Wan Muhammad Azri telah mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa beliau merupakan seorang penipu yang telah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setelah mendapat kontrak semasa Sukan Komanwel yang berlangsung di negara ini yang menyebabkan reputasinya terjejas.
  
Abdul Razak diwakili peguam Reuben Netto dan Malik Imtiaz Sarwar manakala Wan Muhammad Azri diwakili peguam Jasbeer Singh. - Bernama

Wednesday 11 September 2013

PPPM dapat respons baik banyak PIHAK??? WHAT????


LONDON - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan minggu lepas, menerima respons amat memberangsangkan dan menggalakkan daripada pelbagai pihak di dalam dan luar negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, banyak pihak menyuarakan keyakinan mereka dengan hala tuju serta peningkatan mutu pendidikan negara dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam pelan itu.

Menurutnya, semua pihak yang terbabit secara langsung jelas ingin melihat kejayaannya dan tahap pencapaian lebih baik dalam pelbagai segi, termasuk komitmen komuniti ibu bapa, tenaga pengajar, kepimpinan sekolah dan pelajar. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata beliau gembira kerana dalam
pertemuan dengan pemimpin-pemimpin industri di sini dua hari lepas, wakil dari University of Redding dan beberapa universiti lain di UK yang mengambil bahagian, turut memberi pandangan positif terhadap inisiatif kerajaan melancarkan PPPM.

"Mereka kagum dengan pelan ini dan ucap tahniah kerana kerajaan Malaysia mengambil inisiatif yang begitu besar, dan mereka jangka ia juga memberi faedah kepada pihak universiti juga, dalam erti kata lain pelajar-pelajar yang dilahirkan menerusi sistem ini  bila masuk IPT nanti adalah pelajar-pelajar yang tinggi kualitinya," katanya dalam persidangan media bersama wartawan Malaysia di hari keempat lawatan kerja lima hari beliau ke UK, di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini hari ini.

PPM yang dilancarkan Muhyiddin Jumaat lepas merupakan rancangan pembangunan sistem pendidikan negara yang diperkasa dan dibangunkan secara berterusan, yang dirangka berasaskan objektif khusus supaya Malaysia mampu berdaya saing di peringkat global, di samping merangkumi pelan tindakan dan inisiatif utama transformasi keseluruhan sistem pendidikan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, hasil gelombang pertama PPPM akan dapat dilihat menerusi pembentangan pencapaian sasarannya akhir tahun ini, sebagai menyerlahkan ketelusan kerajaan di samping memaklumkan tentang kejayaannya atau ada kelemahan yang perlu dibaiki.

"Pastinya gelombang pertama untuk lihat impak ketara mungkin tidak begitu mudah, tapi kita jangka dalam tahun-tahun berikutnya akan dapat lihat kesan (pencapaian) lebih ketara," katanya.

Merujuk kepada sasaran wajib lulus Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang tahun 2016, Muhyiddin berkata, beliau yakin ia boleh dicapai, selaras dengan pelbagai inisiatif yang sedang dan telah diambil kerajaan bagi memperkasa penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan guru bahasa itu.

Beliau berkata, langkah segera yang diambil baru-baru ini ialah menghantar 5,000 guru Bahasa Inggeris menjalani latihan bagi meningkatkan kemahiran dan penguasaan dengan 9,000 guru lagi akan menyusul bulan depan. Kira-kira 60,000 guru Bahasa Inggeris disasar menjalani latihan itu.

Muhyiddin berkata, inisiatif lain kerajaan adalah mendapatkan bantuan tenaga pengajar dari luar negara seperti Amerika Syarikat untuk datang ke Malaysia bagi mengajar guru bahasa Inggeris tempatan.     Katanya, dalam pertemuan beliau dengan rakan sejawatan dari UK Nick Clegg semalam, beliau turut mengusulkan kepada kerajaan UK untuk menggerakkan inisiatif serupa.

Beliau berkata, banyak lagi inisiatif akan dilancarkan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, seperti menambah jumlah masa ‘contact hour’ untuk pelajar mempelajari bahasa itu di samping penganjuran pertandingan perbahasan dan kuiz.

Katanya, beliau turut mengarahkan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM memastikan guru bahasa Inggeris yang dihasilkannya lulus tahap penguasaan bahasa sebelum dihantar mengajar.

Ini bermakna sekiranya seseorang guru itu gagal dalam ujian tahap penguasaan bahasa Inggeris, guru itu terpaksa meneruskan latihan di IPGM selama enam bulan atau setahun lagi bagi meningkatkan kemahiran dan penguasaan, katanya. - Bernama

Hodak optimis TRW kekal juara Piala Malaysia


JURULATIH Kelantan Bojan Hodak berkata, pasukannya memerlukan sedikit nasib untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim ini.

Walaupun pasukan 'The Red Warriors' itu ketandusan penyerang berbisa musim ini dan terpaksa bersusah payah untuk memenangi perlawanan, namun jurulatih Croatia itu tetap optimis bahawa anak buahnya akan mempertahankan gelaran berprestij itu.  

"Saya selalu percaya bahawa kami boleh memang kejohanan ini. Kami memerlukan
sedikit nasib seperti dalam pertemuan dengan Negeri Sembilan...kami menghadapi masalah melakukan penyudah dan benteng pertahanan.

"Oleh itu kami akan cuba memperoleh keputusan baik pada perlawanan di gelanggang lawan apabila menentang Terengganu Selasa depan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, Kelantan mengalahkan Yala FC 3-0 dalam perlawanan persahabatan dengan gol dijaringkan oleh Mohd Badri Mohd Radzi pada minit ke-18, Norfarhan Mohamad (m-22) dan Haris Safuan Kamal pada m-69.

Hodak berkata perlawanan itu telah meningkatkan moral pemain. "Secara keseluruhan, saya gembira dengan corak permainan...kami menjaringkan  ol dan menjana peluang. Ini adalah sesuatu yang kita terlepas dalam dua tiga perlawanan Piala Malaysia sebelum ini," katanya.

Pertandingan Piala Malaysia berhenti rehat selama dua minggu bagi memberi laluan kepada Pestabola Merdeka di Pahang dari 5 hingga 15 September ini.

Dalam saingan Kumpulan C, Negeri Sembilan mendahului carta kumpulan dengan tujuh mata manakala Kelantan dan Pahang masing-masing berkongsi lima mata dan Terengganu di tempat keempat dengan empat mata. - Bernama


SYARAT jadi GURU terpaksa DIKETATKAN??


SHAH ALAM - Demi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 tercapai, 
kerajaan perlu mengambil langkah tegas dalam soal kelayakan mereka yang bakal bergelar pendidik. 
 
"Syaratnya sekarang sekurang-kurangnya 7A di Semenanjung dan Sabah Sarawak 5A.
 
"Guru akan jadi kerjaya hebat pada masa akan datang," kata menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh pada program Bicara Minda yang bertajuk, 'Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Satu Perspektif' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.
 
Kementerian Pendidikan menetapkan hanya 30 peratus sahaja calon terbaik untuk menggalas tanggungjawab sebagai guru. 

Beliau berkata demikian mengulas lanjut langkah kerajaan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam SPM menjelang 2015 sekali gus membidas kritikan pedas sesetengah pihak yang mempertikaikan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Tambah Idris lagi, syarat pengambilan guru itu terpaksa diperketatkan bagi memastikan matlamat kerajaan menjadikan sekolah tempatan sebagai satu pertiga terbaik di dunia tercapai menjelang 2025.

“Setiap tahun setiap menteri akan membentangkan laporan tahunan dan prestasi kementerian masing-masing termasuk Kementerian Pendidikan agar pelan pendidikan agar berjalan dengan baik dan boleh dilihat oleh rakyat pada akhir tahun.

“Pada 2015, kementerian akan membuat kajian semula pelan pendidikan yang telah berjalan sebelum membolehkan kita menjadikan sekolah kita satu pertiga terbaik di dunia,” jelasnya.

Selain mengenakan syarat yang ketat, pengenalan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) di peringkat sekolah juga akan membantu kerajaan mempercepatkan proses untuk mencapai matlamat itu yang tidak lagi bergantung kepada mata pelajaran sebaliknya keupayaan pelajar untuk berfikir dapat diterapkan.


SNSD Seohyun & Sooyoung COVER MAGAZINE 2013







SNSD Seohyun & Sooyoung COVER MAGAZINE 2013


Wednesday 4 September 2013

JERSEY T90 NIKE CHESS 2013 *NEW DESIGN*



Jika anda BERMINAT dengan JERSEY T90 NIKE CHESS 2013 yang kami pamerkan dan ingin MEMBUAT TEMPAHAN
Sila PM kat FB = https://www.facebook.com/OneArtDesignSdnBhd