Like Us

Sunday 25 August 2013

Samsung Galaxy Note III - coming soon???

 
Galaxy Note III dengan Snapdragon 800
 
Satu laporan yang diterbitkan di Korea Selatan mengatakan bahawa Samsung telah membuat keputusan akan pemproses manakah yang akan digunakan pada Samsung Galaxy Note III yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Menurut sumber yang rapat dengan situasi ini, Samsung masih menghadapi beberapa masalah dengan pemproses keluaran mereka yang dikenali dengan nama  Exynos 5 Octa  dan ini memberi ruang untuk Qualcomm Snapdragon 800 sebagai pemproses pilihan utama untuk phablet ini.

Laporan ini juga mendakwa bahawa 4 juta unit pertama Galaxy Note III akan menggunakan pemproses Qualcomm snapdragon 800 manakala 20%-30% model seterusnya akan menggunakan pemproses octa-core Samsung Exynos 5420 dengan syarat masalah-masalah yang dihadapi berjaya diselesaikan. Minggu lalu, Samsung telah mengeluarkan spesifikasi ramsi kedua-dua versi Galaxy Note  III. Model 3G Galaxy Note III disahkan akan menggunakan pemproses octa-core the Samsung Exynos 5420 manakala model 4G LTE akan menggunakan Qualcomm Snapdragon 800 memandangkan pemproses Samsung tidak mampunyai penerima siaran LTE.

Malaysia dijangka akan memperoleh kedua-dua versi Galaxy Note III, dan berdasarkan perkembangan terbaru ini, kita mungkin akan menyaksikan versi Galaxy Note III dengan pemproses Snapdragon 800 dilancarkan dahulu disini sebelum versi Galaxy Note III dengan pemproses Samsung Exynos 5420 .
Samung Galaxy Note III dijadualkan akan dilancarkan beberapa hari sebelum pameran IFA 2013 bermula iaitu pada 4hb September ini di Berlin bersama-sama jam pintar Samsung Galaxy Gear.




No comments:

Post a Comment