Like Us

Sunday 15 September 2013

PTPTN bukan 'Ah Long', kata Shamsul


SHAH ALAM - Pengerusi Perbadanan Tinggi Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Shamsul Anuar Nasarah menegaskan, badan tersebut bukan bersifat seperti ‘Ah Long’ yang digambarkan oleh sesetengah pihak.

Menurutnya, setiap peminjam harus bersyukur dengan kemudahan yang diberikan dan mesti membayar kembali pinjaman bagi membantu pelajar baru untuk membuat pinjaman.

“Setelah kita mendapat nikmat daripada pembiayaan itu dan memperolehi pekerjaan yang diidamkan, jangan kita lupa untuk menunaikan tanggungjawab.

“Kita tahu pasti ada peminjam yang belum memperolehi sebarang pekerjaan, namun apa yang penting PTPTN bukan 'Ah Long' atau bank yang mengenakan faedah yang tinggi.
“Malah PTPTN bukan agensi yang menindas atau menyusahkan pelajar,” katanya kepada Sinar Harian Online dalam satu wawancara eksklusif, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, tujuan PTPTN ditubuhkan juga adalah untuk memastikan tiada pelajar yang ketinggalan untuk melanjutkan pelajaran kerana tiada wang.
“Oleh sebab itulah PTPTN ditubuhkan. Jadi saya harap masyarakat faham tentang perkara ini dan membantu mereka (pelajar) dari sudut kewangan,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, Shamsul berharap semua pihak bersama-sama bertanggungjawab dalam perkara ini bagi memastikan semua orang dapat menikmati proses pembelajaran dengan baik.
“Kami (PTPTN) harap kita sama-sama bertanggungjawab.
“PTPTN bertanggungjawab membantu membiayai pendidikan anda, dalam masa yang sama PTPTN juga berharap anda bertanggungjawab membantu melalui pembayaran semula pinjaman.

“Selaku Pengerusi PTPTN saya tentu bersalah kalau ada yang terpaksa bergolok bergadai untuk belajar kerana tiada wang untuk belajar. Justeru itu, jika kita memulangkan apa yang PTPTN berikan semasa kita belajar tentu kita sama-sama dapat membantu mereka yang lain,” katanya.


No comments:

Post a Comment