KUALA LUMPUR - Seramai 454,036 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN) masih gagal membuat sebarang bayaran balik
pinjaman wang pendidikan tersebut, kata pengerusinya, Datuk Shamsul
Anuar Nasarah.
Menurut Shamsul, walaupun kerajaan telah mengambil langkah bagi menggalakkan peminjam membayar balik termasuk pemberian diskaun yang menarik sejak Ogos 2012, namun masih ada segelintir peminjam degil dan enggan berbuat demikian.
“Hanya 57,210 yang mengambil peluang ini... saya berharap angka ini akan bertambah menjelang 30 September ini,” katanya ketika diwawancara Sinar Harian Online di pejabatnya, di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, mungkin ramai yang tidak tahu terdapatnya jalinan kerjasama antara pihak PTPTN dan KWSP di mana peminjam boleh menggunakan wang caruman dari akaun kedua mereka untuk melunaskan biaya pendidikan mereka.
Pada Bajet 2013 yang lalu, perdana menteri mengumumkan dua tawaran kepada peminjam PTPTN yang masih belum membuat bayaran mengambil peluang diskaun 10 peratus (bayaran secara konsiten) dan 20 peratus (menerusi wang caruman KWSP) yang ditawarkan kepada peminjam.
Tawaran itu bermula pada Ogos 2012 sehingga akhir bulan ini.
“Mungkin masih ramai yang belum cakna, mengenai perihal ini.
“Jadi saya berharap melalui pendedahan ini, akan muncul lebih ramai peminjam PTPTN yang sudah bekerjaya untuk membuat bayaran balik,” katanya.
Dalam nada sama, beliau menegaskan PTPTN sentiasa mendengar rintihan peminjam PTPTN, sebab itulah beliau menjelaskan bahawa PTPTN sentiasa bersedia untuk menyelesaikan setiap permasalahan peminjam PTPTN.
“PTPTN sentiasa mendengar rintihan masalah peminjam.
“Sebab itulah PTPTN telah mewujudkan 17 cawangan PTPTN, bagi meyelesaikan masalah peminjam.
“Jadi saya berharap, jika peminjam menghadapi sebarang masalah boleh terus datang ke pejabat PTPTN, Insya-ALLAH kita akan cuba selesaikan,” tegasnya.

No comments:
Post a Comment