SHAH ALAM - Pengerusi Perbadanan Tinggi Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN), Datuk Shamsul Anuar Nasarah menegaskan, badan tersebut bukan
bersifat seperti ‘Ah Long’ yang digambarkan oleh sesetengah pihak.
Menurutnya, setiap peminjam harus bersyukur dengan kemudahan yang diberikan dan mesti membayar kembali pinjaman bagi membantu pelajar baru untuk membuat pinjaman.
Menurutnya, setiap peminjam harus bersyukur dengan kemudahan yang diberikan dan mesti membayar kembali pinjaman bagi membantu pelajar baru untuk membuat pinjaman.
“Setelah kita mendapat nikmat daripada pembiayaan itu dan memperolehi
pekerjaan yang diidamkan, jangan kita lupa untuk menunaikan
tanggungjawab.
“Kita tahu pasti ada peminjam yang belum memperolehi sebarang
pekerjaan, namun apa yang penting PTPTN bukan 'Ah Long' atau bank yang
mengenakan faedah yang tinggi.
“Malah PTPTN bukan agensi yang menindas atau menyusahkan pelajar,”
katanya kepada Sinar Harian Online dalam satu wawancara eksklusif,
baru-baru ini.
Tambahnya lagi, tujuan PTPTN ditubuhkan juga adalah untuk memastikan
tiada pelajar yang ketinggalan untuk melanjutkan pelajaran kerana tiada
wang.
“Oleh sebab itulah PTPTN ditubuhkan. Jadi saya harap masyarakat faham
tentang perkara ini dan membantu mereka (pelajar) dari sudut kewangan,”
katanya lagi.
Sehubungan dengan itu, Shamsul berharap semua pihak bersama-sama
bertanggungjawab dalam perkara ini bagi memastikan semua orang dapat
menikmati proses pembelajaran dengan baik.
“Kami (PTPTN) harap kita sama-sama bertanggungjawab.
“PTPTN bertanggungjawab membantu membiayai pendidikan anda, dalam masa
yang sama PTPTN juga berharap anda bertanggungjawab membantu melalui
pembayaran semula pinjaman.
“Selaku Pengerusi PTPTN saya tentu bersalah kalau ada yang terpaksa
bergolok bergadai untuk belajar kerana tiada wang untuk belajar. Justeru
itu, jika kita memulangkan apa yang PTPTN berikan semasa kita belajar
tentu kita sama-sama dapat membantu mereka yang lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment