JURULATIH Kelantan Bojan Hodak berkata, pasukannya memerlukan sedikit nasib untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim ini.
Walaupun pasukan 'The Red Warriors' itu ketandusan penyerang berbisa musim ini dan terpaksa bersusah payah untuk memenangi perlawanan, namun jurulatih Croatia itu tetap optimis bahawa anak buahnya akan mempertahankan gelaran berprestij itu.
"Saya selalu percaya bahawa kami boleh memang kejohanan ini. Kami memerlukan sedikit nasib seperti dalam pertemuan dengan Negeri Sembilan...kami menghadapi masalah melakukan penyudah dan benteng pertahanan.
"Oleh itu kami akan cuba memperoleh keputusan baik pada perlawanan di gelanggang lawan apabila menentang Terengganu Selasa depan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Semalam, Kelantan mengalahkan Yala FC 3-0 dalam perlawanan persahabatan dengan gol dijaringkan oleh Mohd Badri Mohd Radzi pada minit ke-18, Norfarhan Mohamad (m-22) dan Haris Safuan Kamal pada m-69.
Hodak berkata perlawanan itu telah meningkatkan moral pemain. "Secara keseluruhan, saya gembira dengan corak permainan...kami menjaringkan ol dan menjana peluang. Ini adalah sesuatu yang kita terlepas dalam dua tiga perlawanan Piala Malaysia sebelum ini," katanya.
Pertandingan Piala Malaysia berhenti rehat selama dua minggu bagi memberi laluan kepada Pestabola Merdeka di Pahang dari 5 hingga 15 September ini.
Dalam saingan Kumpulan C, Negeri Sembilan mendahului carta kumpulan dengan tujuh mata manakala Kelantan dan Pahang masing-masing berkongsi lima mata dan Terengganu di tempat keempat dengan empat mata. - Bernama

No comments:
Post a Comment