Like Us

Wednesday, 11 September 2013

SYARAT jadi GURU terpaksa DIKETATKAN??


SHAH ALAM - Demi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 tercapai, 
kerajaan perlu mengambil langkah tegas dalam soal kelayakan mereka yang bakal bergelar pendidik. 
 
"Syaratnya sekarang sekurang-kurangnya 7A di Semenanjung dan Sabah Sarawak 5A.
 
"Guru akan jadi kerjaya hebat pada masa akan datang," kata menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh pada program Bicara Minda yang bertajuk, 'Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Satu Perspektif' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.
 
Kementerian Pendidikan menetapkan hanya 30 peratus sahaja calon terbaik untuk menggalas tanggungjawab sebagai guru. 

Beliau berkata demikian mengulas lanjut langkah kerajaan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam SPM menjelang 2015 sekali gus membidas kritikan pedas sesetengah pihak yang mempertikaikan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Tambah Idris lagi, syarat pengambilan guru itu terpaksa diperketatkan bagi memastikan matlamat kerajaan menjadikan sekolah tempatan sebagai satu pertiga terbaik di dunia tercapai menjelang 2025.

“Setiap tahun setiap menteri akan membentangkan laporan tahunan dan prestasi kementerian masing-masing termasuk Kementerian Pendidikan agar pelan pendidikan agar berjalan dengan baik dan boleh dilihat oleh rakyat pada akhir tahun.

“Pada 2015, kementerian akan membuat kajian semula pelan pendidikan yang telah berjalan sebelum membolehkan kita menjadikan sekolah kita satu pertiga terbaik di dunia,” jelasnya.

Selain mengenakan syarat yang ketat, pengenalan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) di peringkat sekolah juga akan membantu kerajaan mempercepatkan proses untuk mencapai matlamat itu yang tidak lagi bergantung kepada mata pelajaran sebaliknya keupayaan pelajar untuk berfikir dapat diterapkan.


No comments:

Post a Comment