Like Us

Thursday 10 October 2013

BAPA pelajar KESAL Ustaz ROTAN ANAK????


PUCHONG – “Saya kesal apabila pihak madrasah mendakwa kejadian yang menimpa anak saya itu satu fitnah,” kata bapa kepada pelajar madrasah di Jengka Pahang yang mendakwa dirotan oleh seorang ustaz sehingga tisu pahanya koyak dan terpaksa menerima 30 jahitan baru-baru ini.

Bapa berusia 40 tahun itu berkata, sejak kejadian dilaporkan akhbar ini Isnin lalu, pihak madrasah langsung tidak menghubunginya untuk berbincang atau bertanya apa yang terjadi dengan lebih lanjut.

Katanya lagi, anak lelakinya yang berusia 14 tahun terpaksa dibedah dua kali, pertama untuk membuang darah beku dan nanah sementara kali kedua pada 7 Oktober lalu untuk membuang sel kulit mati.

Anaknya masih menerima rawatan di hospital swasta di Subang Jaya.

“Saya kecewa dengan tindakan pihak madrasah, mereka seolah-olah mahu menjaga nama baik sahaja, ‘bukti’ sudah ada depan mata, mengapa mereka seolah-olah menafikannya,” katanya.

Isnin lalu Sinar Harian melaporkan kisah seorang pelajar yang didakwa dipukul seorang ustaz sehingga menyebabkan pahanya cedera.

Dalam laporan turut menyebut, bapa mangsa memaklumkan sekiranya pihak madrasah enggan penuhi tuntutan ganti rugi kos perubatan ditanggung, dia akan memfailkan saman berhubung perkara itu.

No comments:

Post a Comment