Like Us

Sunday 6 October 2013

KAMI nak lihat BUKTI ??? INDRA ??? NUNEZ???

Foto      
Foto

Kuala Lumpur: Penyerang Johor Darul Takzim (DT) Leonel Nunez dan Indra Putra Mahayuddin dari Kelantan, bakal berdepan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas kedua-dua pemain itu didakwa melakukan kesalahan ketika pertembungan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin.

Bintang import Johor DT dari Argentina, Nunez hanya beraksi sebagai pemain gantian dalam perlawanan yang menyaksikan skuad Harimau Selatan itu dibelasah 1-6, namun aksinya ketika memanaskan badan di tepi padang sebelum itu lebih menjadi bualan peminat tempatan apabila dia didakwa membuat isyarat lucah kepada penyokong tuan rumah.

Gambar insiden itu sudah tersebar di laman sosial Facebook, bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufek Abd Razak menyatakan pihaknya perlu mendapat laporan rasmi terlebih dulu.

“Laporan akan dihantar dalam tempoh 48 jam selepas perlawanan tamat dan saya akan menghubungi pihak sekretariat FAM jika mereka ada menerima maklumat mengenai kes ini. Memang kami boleh mengambil tindakan ke atas mana-mana pemain yang membuat isyarat lucah kerana ada peruntukkan dalam peraturan. Bagaimanapun kami perlu melihat bukti terlebih dulu.

“Kami juga boleh bertindak jika ada pihak seperti Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) membuat aduan mengenai perkara ini kepada FAM,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

No comments:

Post a Comment