Saya
kongsikan bahan ini yang saya ambil daripada laman sosial dengan gambar
yang sangat menarik perhatian saya. Semoga menjadi manfaat kepada semua
guru dan mungkin juga orang lain yang memiliki suasana kerja yang
hampir sama!
1) Rakan Kerja Positif
Ciri-ciri
- guru cemerlang
- bersikap positif
- bersemangat
- dedikasi
- rajin
- sangat membantu
Tindakan
- dekati dan dampingi mereka
- cari peluang untuk bergaul dengan mereka
- jadikan mereka sebagai mentor anda
Rakan sekerja yang patut kita jadikan contoh jika mahu berjaya. Jadikan kejayaan dan kesungguhan mereka bekerja sebagai dorongan motivasi kepada kita untuk diikuti. Mengidolakan sahaja guru-guru sebegini tanpa ada tindakan yang berkesan daripada kita, tidaklah mendatangkan apa-apa manfaat untuk kita. Jika kita ada contoh guru yang sebegini, cubalah berbaik dan tiru / ikut apa yang mereka buat. InshaAllah, kejayaan juga akan menanti kita!
2) Rakan Kerja Neutral
Ciri-ciri
- menyiapkan tugas untuk mendapatkan gaji
Tindakan
- ceduk pengalaman mereka
- jadikan sebagai rakan untuk berkongsi idea
Guru-guru sebegini adalah guru yang boleh dijadikan ikutan pada permulaannya. Ini kerana guru sebegini biasanya akan menyiapkan semua tugasan, tetapi tanpa ada kelebihan. Jika anda mahu lebih berjaya, jadikan pengalaman guru-guru ini sebagai dorongan untuk membuat kerja dan tugasan dengan lebih baik.
3) Rakan Kerja Negatif
Ciri-ciri
- jemu dengan tugas
- bersikap negatif
- mengamalkan 3C (condem, complain, criticize)
- suka mengkritik
- suka melihat kesilapan orang lain
- sering membantah atau tidak bersetuju dengan rakan sekerja,malah pihak pentadbir
Tindakan
- hati-hati dengan mereka kerana tindakan mereka akan meracuni kerjaya sendiri dan orang lain
Golongan guru sebegini adalah golongan yang patut dijauhi. Sudahlah tidak menyumbang kepada perkembangan sekolah, guru-guru sebegini juga lebih cenderung akan mengutuk kita jika kita berjaya melakukan perkara yang lebih baik daripada mereka. Dalam hati mereka, cuma ada, benci, bosan, dengki dan iri hati dengan orang lain. Tidak mustahil juga golongan sebegini dapat mengumpulkan kelompok bagi menjejaskan usaha murni anda. Berhati-hatilah dan biarkan mereka dengan sikap 'busuk' mereka!
Semoga input ini boleh memberi kita sedikit panduan dalam menghadapi hidup yang lebih bermakna dan berkat sebagai seorang guru. Pilihan sentiasa ada di tangan kita untuk menjadi guru yang lebih baik, statik setempat atau yang lebih buruk! Wallahualam, Selamat Beramal.. ;)
No comments:
Post a Comment