Dalam filem, memanipulasi data digital
sering kelihatan hebat berbanding dalam kehidupan sebenar, di mana
terdapat paparan interaktif graphik dan bentuk 3D yang kelihatan
terapung-apung dan boleh disentuh dengan tangan.
Dengan
projek komputer seperti komputer desktop SpaceTop 3D ini mungkin akan
merealisasikan kehidupan di dalam filem ke kehidupan sebenar. Sistem
komputer ini akan membenarkan manusia untuk berinteraksi dengan
kandungan digital dalam cara yang intuitif yang tidak pernah dilakukan
sebelum ini.
Sistem ini akan mempunyai paparan LED yang telus dan
beberapa jenis kamera yang akan mengikut pergerakan mata dan tangan.
Pengguna hanya perlu menggunakan tangan seperti biasa untuk menggunakan
papan kekunci. Namun, terima kasih pada kamera, pengguna juga boleh
mencapai tahap di mana tangan boleh "memegang dan menyentuh" model
graphik 3D yang ingin diperbetulkan.
Komputer yang dikenali
sebagai The SpaceTop 3D ini telah dibangunkan oleh Lee Jinha, seorang
penyelidik interaksi dan juga seorang calon PhD di MIT. Interaksi adalah
novel tetapi intuitif, membenarkan pengguna untuk "mengambil" dan
mengerakkan objek digital di udara.
Walaupun terdapat beberapa
kesan ketara yang akan menimbulkan masalah pada pengguna, Lee dan penaja
projek ini berharap akan menyelesaikan masalah tersebut sebelum
komputer ini boleh dijual kepada umum.
No comments:
Post a Comment