Like Us

Wednesday, 16 October 2013

PENDAPATAN Isi Rumah di Malaysia,Kelantan & Sabah Termiskin???

 
33.8% Isi Rumah di Malaysia (Pendapatan RM1,500-RM3000. Adakah Anda Orangnya? Kelantan & Sabah Termiskin!
Hutang isi rumah di Malaysia yang terkini telah pun dikeluarkan. Terbaru, Laporan Statistik Pendapatan Isi Rumah Rakyat Malaysia antara tempoh tahun 1970 sehinggalah tahun 2012 telah pun dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara.

Berdasarkan semakan Berita Semasa, di atas kertas tampak berlakunya peningkatan terutamanya melibatkan kelas yang berpendapatan serdahana & tinggi. Ini butirannya….

Pendapatan Isi Rumah di Malaysia : Kumpulan Pendapatan?

  1. 33.6% isirumah mempunyai purata pendapatan melebihi RM5,000 sebulan
  2. 27.8% isirumah mempunyai purata pendapatan antara RM3,000-RM5,000 sebulan
  3. 33.8% isirumah mempunyai purata pendapatan antara RM1,500-RM3,0003 sebulan
  4. 5.0% isirumah mempunyai purata pendapatan kurang RM1,500 sebulan. (Nota : Ralat -0.2%)


Walaupun kepada kalangan anda di sini yang memiliki pendapatan melebihi RM5,000. Tahniah dan jangan lupa bersedekah dan bermala jariah. Tunaikan hak kepada si miskin. Dan kepada anda yang memiliki pendapatan antara RM3000 hingga RM5000.  Jangan berasa selesa apatah lagi dengan lonjakan kos sara hidup yang semakin melonjak tinggi ketika ini dari hari ke sehari.

Manakala kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah. Lipat gandakan usaha anda. Hentikan sikap “biar papa asal bergaya”. Ini kerana kos sara hidup di Malaysia semakin kejam dan tidak mengenal mangsa dan bangsa.

Akhirnya sekali, kepada mereka yang berada di kelompok berpendapatan RM1,500 ke bawah. Jangan putus asa. rezeki ada di mana-mana. Usaha tangga kejayaan. Insyaallah. Amin.




No comments:

Post a Comment