Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan penghargaan serta tahniah kepada seluruh warga pendidik sempena Hari Guru 2013 pada baru baru ini.
Sambutan ini merupakan satu simbolik pengiktirafan masyarakat terhadap sumbangan guru dalam membangunkan masyarakat dan negara.
Melalui sambutan seperti ini, masyarakat diharapkan akan menghargai
segala sumbangan guru-guru dan pada masa yang sama guru-guru pula akan
meningkatkan komitmen dan kesungguhan mereka untuk mendidik anak bangsa
menjadi warga yang cemerlang dan juga berilmu.
Sempena Hari Guru
ini, kami menyeru seluruh warga pendidik supaya mempertingkatkan lagi
kesungguhan mereka dalam mendidik rakyat negara ini bukan sahaja dalam
konteks akademik tetapi juga mendidik rakyat supaya memahami antara
realiti bermasyarakat yang sebenar.
Pada hari ini guru-guru semacam didoktrinkan supaya hanya berfungsi
di sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan para pelajar dalam pelajaran
mereka sahaja, tetapi guru-guru dikekang daripada membina kematangan
kognitif masyarakat supaya lebih sensitif terhadap persekitaran setempat
dalam etika kemasyarakatan.
Dengan suasana masyarakat sekarang yang diperlihatkan runtuhnya
gejala sosial yang begitu tinggi serta kebimbangan yang ketara terhadap
penagihan dadah, guru-guru juga amat diseru supaya melibatkan diri
membantu penyakit besar masyarakat dalam negara sekarang yang tidak
dapat dibendung lagi.
Kami yakin ruang yang sedia ada di sekolah antara guru dan juga
pelajar amat terlalu dekat untuk membicarakan perkara ini yang mesti
digariskan oleh semua pihak yang terlibat.
Ini kerana sebagai pendidik dalam institusi seperti sekolah sebagai
landasan yang mencerminkan kedudukan dan juga gambaran sebenar generasi
akan datang secara mana yang akan dibina.
Kami yakin akan kemampuan semua warga pendidik ini kerana didikan ini
akan memperlihatkan maruah negara dan kedaulatan kita semua akan
ditingkatkan.
Tugas besar ini akan dibukukan untuk digagas atau disandang bagi mereka yang akan menerima tanggungjawab itu kelak.
Akan tetapi kekeliruan yang sedia ada bagi individu tertentu dalam
bidang pendidikan ini kadang kala menggambarkan kepada semua warga
pendidik.
Contoh yang terbaik daripada semua aspek harus ditonjolkan oleh
pendidik ini kerana setiap gerak geri akan dilihat sebagai gambaran
sebenar perlakuan masyarakat itu sendiri.
Kami mengiringi tugas penting ini dengan doa, moga warga pendidik
mendapat keberkatan yang seluas-luansnya serta kesenangan dalam tugas
mendidik ini.
Janganlah identiti pendidik itu hilang atas pertimbangan yang tidak
mencerminkan tanggungjawab sebenar yang masyarakat harapkan selama ini.
Masyarakat juga menanti perubahan untuk anak-anak mereka dalam
kejayaan yang cemerlang dan juga berguna kepada agama, bangsa dan
Negara.
Kecemerlangan warga pendidik akan kita kongsi bersama sepanjang masa supaya ia disusun mengikut tuntutan tugasan ini sendiri.
Warga pendidikan yang diperlihatkan begitu berat dan agak susah
bidang kerjaya ini tidak akan berputus asa atau semangat. Kejayaan warga
pendidik adalah kejayaan untuk semua.
No comments:
Post a Comment