Akhirnya segal persoalan mengenai status perkahwinan Aeril Zafrel dan
Wawa Zainal telah pun terjawab di dalam sidang media petang tadi.
Menurut Aeril, mereka telah bernikah 2 kali iaitu pada 25 Februari 2012
dan 4 Februari 2013. Pernikahan pertama dibuat tanpa didaftarkan di
pejabat agama.
Namun atas permintaan keluarga, mereka berdua telah bernikah buat
kali kedua pada 4 Februari 2013 sebagai menghormati ahli keluarga. Kata
Aeril menerusi Mstar Online:-
Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab
Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin
Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 hasil perkahwinan ini. Dengan
pengakuan ini, terjawablah segal persoalan yang bermain di minda para
peminat. Pasti ada sebab tertentu Aeril dan Wawa merahsiakan perkahwinan
mereka ini.
Mungkin Aeril mahu periksa semula status pernikahan mereka kerana
sebelum ini Aeril pernah mengumumkan yang mereka tidak pernah berkahwin.
Takut-takut jatuh talak tanpa disedari. Cubalah periksa dengan orang
yang lebih arif mengenai hal ini. Apa pun, jutaan tahniah diucapkan
kepada Aeril dan Wawa atas perkahwinan anda. Semoga kekal bahagia
sehingga ke hujung hayat.
No comments:
Post a Comment