NYANYUK atau alzheimer, penyakit ini sering dikaitkan dengan mereka
yang berumur 65 tahun ke atas, tetapi sebenarnya ia juga boleh berlaku
kepada mereka yang kurang dari usia warga emas itu.
Pada kebiasaannya, kesan nyanyuk sinonim dengan memori kerana penghidap akan mengalami keadaan di mana seseorang itu tidak mampu untuk mengingati sesuatu perkara yang baru.
Seterusnya, penyakit ini juga dapat dikesan apabila seseorang itu yang
pada keadaan biasa, suka bergaul, secara tiba-tiba lebih gemar
menyendiri, menjadi pendiam dan mengasingkan diri daripada orang di
sekelilingnya.
Alzheimer juga boleh membawa kepada satu tahap yang agresif seperti
bercakap secara berulang-ulang, cepat naik angin sehingga kadang-kadang
menjerit dan lebih teruk bertindak menendang apa sahaja yang ada
berhampirannya.
Penyakit ini juga boleh terjadi disebabkan kurang tidur dan mereka
sering melihat atau mendengar sesuatu yang sebenarnya tidak wujud
(halusinasi). Pada tahap ini, sel-sel otak tidak lagi berfungsi
sepenuhnya.
Bagaimanapun, kes yang biasa berlaku adalah tidak dapat mengingati di mana sesuatu barang itu diletakkan.
Sekiranya ia sangat kerap berlaku dalam sesuatu masa (sehari), itu adalah tanda-tanda awal pengidap alzheimer.
Setakat ini, menu pemakanan bukanlah antara penyebab penyakit alzheimer berlaku dan ia juga bukan penyakit keturunan.
Tetapi, sekiranya dalam sesebuah keluarga itu mempunyai pesakit ini,
peratusan risiko untuk ahli keluarga lain mendapat nasib sama, ada.
Pun begitu, percaya atau tidak, penyakit alzheimer juga boleh terjadi
disebabkan seseorang itu mengidap strok yang menyerang saraf otak
biarpun berusia kurang dari 65 tahun yang dikategorikan sebagai Vaskular
Dimentia.
Namun harus diingat, seseorang yang menghadapi alzheimer ini tidak akan
perasan dengan perubahan mereka, tetapi orang di sekeliling perlu
mengambil tindakan segera supaya ia tidak berlarutan kerana boleh
menyebabkannya berada dalam keadaan kritikal.
Jalani kaunseling
Pesakit alzheimer tidak akan menyebabkan kematian secara langsung,
tetapi boleh berlaku secara tidak langsung apabila mereka ini
merayau-rayau dan tidak cukup tidur serta tidak makan, dan dijangkiti
kuman sehingga mengakibatkan kematian.
Bagi alzheimer, rawatan yang dapat dijalankan adalah melalui kaedah
memberi ubat-ubatan dan menjalani sesi kaunseling, namun sokongan
daripada keluarga amat penting selain pesakit itu sendiri.
Kebiasaannya, sesi kaunseling akan berlangsung secara berperingkat dan
dalam waktu sama, kumpulan itu akan mengajar semula asas kehidupan
secara beransuransur kepada pesakit untuk mengembalikan semula
ingatannya dan dapat menguruskan diri sendiri.
Untuk rekod, pesakit alzheimer tidak akan pulih sepenuhnya biarpun
melalui sesi kaunseling secara berperingkat, tetapi setidaknya dapat
mengurangkan lima peratus daripada masalah yang dihadapi
kepada yang lebih baik.
Antara jenis alzheimer yang biasa berlaku kepada pesakit ialah:
- Alzheimer’s Disease
- Vaskular Dementia
- Lewy Body Disease
- Frontal Lobe Dementia
kepada yang lebih baik.
Antara jenis alzheimer yang biasa berlaku kepada pesakit ialah:
- Alzheimer’s Disease
- Vaskular Dementia
- Lewy Body Disease
- Frontal Lobe Dementia
No comments:
Post a Comment